Sunday, September 29, 2013

Still Pure Sabahan-Pure Sungai

Assalammualaikum dan dalam hujung minggu kepada yang sudi bersinggah dan membaca post yang aku taip di awal pagi hari ahad ini.. (panjang gila opening..hahah)

di awal pagi yang indah lagi sayu ni aku membuat kebiasaanku di pagi hari.. aku wish sangat aku dapat bangun lewat di hujung minggu yang tiada kelas ini.. tapi,apakan daya..sudah ter 'set' kan... paling lewat pun jam 7am mesti bangun.. indahnya tengok yang lain masih melayar mimpi... (sungguh jeles diriku ini..)

aku pun bukalah facebook dan adalah satu post di dalam group sabahan kami di sini ni yang memang membuat hati aku pedih semacam... rasa macam mau nangis ja di awal pagi yang indah ini... postnya janganlah aku copy di sini yang penting individu itu menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada orang sabah yang cakap longat semenanjung..

ya.. aku salah seorang yang menggunakannya apabila aku berada di sini.. FYI, aku cuma menggunakannya bila bercakap dengan mereka yang berasal dari sini saja.. mau tau kenapa?? baca sini SABAH vs PENANG


semuanya bermula masa berada di Uitm Penang... pernahkah kamu hadapi situasi macam aku?? orang tak faham apa yang aku cakap sehinggakan aku kurang keyakinan untuk berkomunikasi dengan orang.. apa kamu buat kalau kamu ada di tempat aku?? 

jangan meluahkan ketidakpuasan hati tanpa mengetahui kesusahan orang lain.. tolong..tolong..tolong.. sepatutnya kamu bangga kepada mereka yang boleh cakap longat sini.. tidaklah kamu kena tipu bulat-bulat.. aku bukan berprasangka buruk.. tapi itu kenyataan..

ianya sama saja dengan pepetah, "masuk ladang lembu kita mengembu, masuk kandang kambing kita mengembekk.."..kamu mesti faham kan.. kalau kamu biasa pakai selipar di rumah, dan kamu pergi rumah orang, kamu tetap begitu jugakah?sedangkan tuan rumah tidak pakai pun selipar dalam rumah? kalau kamu tidur rumah orang, kamu bangun lewatkah sedangkan tuan rumah subuh lagi sudah bangun.. sama saja situasinya..

jadi, sesiapa yang bercakap longat semenangjung dengan orang semenanjung itu tidak semestinya bukan real/pure sabahan dan tidak semestinya dia tidak bangga jadi sabahan dan malu untuk bercakap sabah.. aku lagi bangga cakap aku asal sabah sedangkan mereka-mereka tidak percaya aku orang sabah.. begitu juga kalau orang semenanjung ke sabah.. dorang mesti belajar cakap kita.. macam cikgu-cikgu di sekolah aku..aku tidak cakap semenanjung sama dorang, aku still cakap sabah..sebab aku tau, dorang yang kena ikut budaya kita..

kita ni Inn Shaa Allah bakal cikgu.. dan komunikasi itu sangat penting untuk kita (itu pun kalau kamu sedarlah).. kalau kita pergi praktikal ataupun posting di negeri-negeri semenanjung.. kamu maukah teruskan longat sabah itu sedangkan kamu tahu yang murid kamu memang tidak faham apa yang kamu cakap? maknanya objektif kita sebagai tenaga pengajar tidak akan sampai.. kalau cakap melayu baku tidak apalah.. ini kamu mau juga cakap longat sabah yang asli.. fikir-fikirkanlah..

aku bukan marah..tapi aku geram.. aku di antara yang dituduh bulat-bulat lupakan negeri sendiri..lupakan asal sendiri..malu dengan negeri dan bangsa sendiri.. kamu ingat senangkah bila kita terpaksa SWITCH longhat kita?kamu ingat aku suka-suka kah temberang cakap longat semenanjung? kamu fikir aku sukakah bila aku kena cakap longhat sini?



semua ada pendapat sendiri.. dan ini pendapat aku.. aku sanggup bersusah-payah untuk kesenangan orang lain.. sebab tu aku belajar cakap longhat sini agar kawan-kawan aku faham apa yang aku cakap..

aku harap kamu juga dapat memahami perasaan orang-orang macam aku ni.. kamu tidak sembarang cakap yang kami lupa daratan... sini jumpa depan-depanlah..dengar sama ada longhat aku sudah lari kalau cakap orang sabah juga..

bah, panjang sudah aku taip ni.. kalau ada orang sabah yang terbaca dan rasa marah.. aku minta maaf.. tapi kamu fikir dulu panjang-panjang sebelum kamu marah aa.. fikir rasional kenapa kami belajar longhat semenanjung.. kalau kamu rasa mau marah juga.. maknanya kamu ni bentingal laa.. terlalu ikutkan perasaan tanpa memikirkan kesukaran / perasaan orang lain.. 

SEKIAN TERIMA KASIH!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: