Wednesday, September 25, 2013

"Nobody knows the troubles I see, nobody knows my sorrow."~copied from AA's twitter



aku adalah aku.. aku tidak sempurna.. aku tidak kuat walaupun di luarnya kelihatan seperti kuat.. aku juga macam kamu.. cuma caraku berbeza.. caraku dengan kamu tidak sama.. mungkin akan melukakan orang sekelilingku.. maafkan aku.. aku kelihatan sombong di sebalik keramahanku.. aku minta maaf..aku membuatkan orang sekelilingku merasakan bahawa mereka tidak penting di dalam hidupku.. kamu teramat penting sehinggakan aku tidak mampu untuk berkongsi segala kesakitan dan kesedihan yang aku rasakan kerana aku takut kamu akan risau...

aku adalah aku.. aku pelik dan tak macam orang lain.. mungkin aku kelihatan ramah di dunia maya dan juga sering tertawa di luar sana.. tapi semuanya berbeza sehingga kaki ini melangkah ke dalam dunia aku sendiri.. bilikku, tempat yang aku rasakan keselesaan..mungkin kerana itulah segala-galanya aku letakkan di dalam bilikku.. bahkan di kampung, aku mempunyai ruang sendiri di dalam bilikku yang menyebabkan orang sekelilingku tidak merasakan kewujudanku.. bukan!bukan! aku yang tidak mewujudkan diriku di mata mereka.. sebab itulah satu-satunya keselesaanku.. maafkan aku kerana menjadi tidak peka kepada keadaan sekeliling... bapa juga pernah menyatakan ketidakpuasan hatinya kepadaku, "kau ada atau tidak ada di rumah ni macam sama saja.. asyik duduk dalam bilik kau saja.." aku sedih masa bapa luahkan ayat itu, bukan sebab marahkan bapa..sebab aku tidak berjaya menggembirakannya.. 

aku adalah aku.. aku ada caraku sendiri untuk meluahkan segalanya.. mungkin bukan kepada benda yang hidup.. mungkin aku kelihatan mudah menceritakan masalah perasaanku kepada rakan-rakanku.. tapi perasaan sebenarnya bergolak di dalam hatiku tetap aku simpul rapi.. kerana aku sendiri tidak dapat membaca apa yang aku rasakan.. maafkan aku jika aku tiba-tiba menyumbat earphone di telingaku dan memasang lagu ke volume paling kuat sehinggakan aku tidak terdengar akan sebarang pertanyaan kamu.. itulah caranya aku meluahkan perasaan.. hatiku menjerit sebenarnya.. 

aku adalah aku.. aku mudah untuk menarikan jemariku untuk menaip segalanya di blog, twitter.. tapi fahamilah.. aku keseorangan.. aku tidak mempunyai tempat untuk meluahkan segalanya.. segala yang taipkan, ceritakan, adalah yang terbuku di hatiku.. maafkan aku jika ayat-ayatku sudah melukakan hati orang sekelilingku.. kerana aku sedar, ada masanya aku ini agak kurang ajar tanpa memikirkan perasaan orang lain.. 

aku adalah aku.. aku tahu aku semakin menjauh.. tapi bukan sebabnya aku tidak menyayangi atau tidak mengambil berat tentang kamu.. percayalah..aku sayang kamu.. aku sayang family aku.. aku sayang kawan-kawan aku.. tapi aku tidak mampu.. tidak mampu bertahan untuk berhadapan sekiranya emosi aku terganggu.. aku tahu buat muka 'poker face'.. tapi sampai bila? ada kalanya aku perlu bersifat jujur kepada diriku.. 

aku adalah aku.. maafkan aku kerana melukakan hati orang sekelilingku... maafkan aku atas kejujuran aku.. maafkan aku atas kekurangan ajar di dalam setiap ayat-ayatku...kamu adalah yang terbaik..tapi bukan aku..


p/s:ada yang menangis tak baca post ni? hahahah...


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: