Saturday, September 21, 2013

Lagu paling kejam di masa ini..

"ku harap Tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang milikimu"

Assalammualaikum dan selamat malam.. pernah dengarkah bait-bait lagu di atas?? pernah atau tidak?? aku dengar lagu ni masa aku jalan-jalan dengan kakak aku masa cuti semester lepas.. as usual, aku ni memang suka gila-gila-gila dengar lagu yang berentak sentimental macam ni.. layan beb..hahahaha..

then, tengah aku layan lagu ni kan tiba-tiba aku dengar bait lagu di atas.. dengan selambanya aku cakap, "kejamnya lagu ni!!!" aku rasa satu kedai dengar kut aku cakap macam tu.. HAHAHA.. kalau ya pun cinta tak kesampaian, tak payahlah doakan bukan-bukan kan.. isk...isk..isk.. memang tak patut..


jodoh itu rahsia Allah.. jodoh sememangnya ada..cuma belum ditakdirkan untuk berjumpa.. Jadi, memang benar, kita takkan pernah tahu siapa jodoh kita di dunia, kita takkan pernah tahu siapa pemilik tulang rusuk kita (bagi perempuan), atau siapa tulang rusuk kita yang belum ditemukan (bagi laki-laki), sebelum proses ta’aruf. Dari proses ta’aruflah, Allah memberikan petunjukNYA, menunjukkan siapa yang terbaik untuk kita.

so nasihat aku kepada single lady mahupun single man di luar sana.. jangan takut untuk mencuba.. nasihat ni juga sebenarnya untuk aku.. HAHAHAH... btw, kalau nak tahu lagu di atas tu lagu apa.. carilah sendiri.. ku cuma mampu berikan bait itu saja.. hihi.. selamat modop eberibodi!!!

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: