Friday, May 17, 2013

Pacuan Berani Mati..

Assalammualaikum dan selamat malam..

hai, pada yang masih bersekang mata..heheh.. macam lama tak buat post kan.. bukan apa..bila dah jalankan tanggungjawab ni..macam tak ada mood nak update blog..

maafkan saya..

blogwalking pun dah tak kerap..

maafkan saya..

okaylah..saya akan ceritakan kisah "Pacuan Berani Mati.." saya..

pada malam 2 may 2013 saya dan rakan-rakan sepacuan saya yang lain tergerak hati untuk balik menjalankan tugas kami sebagai pengundi..

untuk pengetahuan anda, pihak sabah telah memberi tiket free kepada rakyat sabah yang berada di semanjung..

so, pada 3 may 2013.. saya dan enam lagi rakan yang lain ke KLIA untuk mengambil tiket.. sebenarnya, permohonan kami telah ditolak.. namun kami ingin mencuba juga.. itulah namanya percubaan berani mati.. saya dan rakan-rakan lain datang ke airport sehelai sepinggang.. bagi kami, jika kami tidak dapat tiket, kami akan balik semula ke tanjung malim.. it's not a big deal..

kami sampai ke KLIA pagi 3 may, dan malangnya saya dapat berita bahawa penerbangan ke Sandakan dibatalkan.. saya sudah berazam, jika saya kena terbang ke Kota kinabalu, saya takkan terbang.. memandangkan empat orang daripada kami terbang ke kota kinabalu, mereka sudah berjaya mendapatkan tiket..

saya bersama dua orang lagi kawan saya terus menunggu dengan harapan penerbangan ke sandakan tidak dibatalkan.. dan ya!! ianya tidak dibatalkan..

setelah hampir setengah hari berada di KLIA akhirnya saya dan dua orang lagi rakan saya mendapat tiket ke sandakan pada pukul 8.35 malam..


inilah tiket dia.. :)

pada asalnya, saya ingin buat kejutan kepada keluarga saya.. tapi memandangkan saya sampai tengah malam..saya terpaksa telefon kakak saya untuk mengambil saya di airport sandakan.. yaa.. hahaha.. saya dijangka sampai pada pukul 11++ malam..

tapi flight saya postpone, dan saya tiba pada pukul 12 pagi.. aiyooo..kesian family saya yang terpaksa tunggu saya di airport..

malam itu, mama minta saya tidur bersama dia dibiliknya sebab bapa ada dekat kampung pendalaman jadi pegawai SPR..hehe...

pada keesokkan harinya, mulalah upacara undi mengundi...dan saya membantu sepupu-sepupu cilik saya berjual di hadapan sekolah.. (tempat mengundi)

bapa yang tidak tahu kepulangan saya pun terkejut saya ada bersama di sana.. dia baru balik dari kampung Mangkasulap kan.. heheheh..


here we go!! heheh.. mana satu adalah saya?heheh

lepas tu,  pada 7 may 2013, saya kena balik semula ke perak kerana banyak kerja kena buat.. kalau diikutkan, saya balik 8 may.. tapi tak apalah..

sampai ke airport nak ambil tiket tiba-tiba dorang kata seat dah full.. oh no!! hahahah..saya pun tunggu juga dekat airport dengan harapan ada lagi tiket.. dan..ya..ada lagi pada malam hari.. dan saya berjaya dapat..


inilah tiketnyaa..

oleh kerana saya sampai KL tengah malam, saya ambil keputusan untuk bermalam di KLIA dan akan ke tanjung malim pada keesokan harinya..

Alhamdulillah saya berjaya sampai..

kalau diikutkan memang sekejap saja masa saya bersama keluarga saya.. tapi sangat berharga, sebab kami dapat berkumpul.. yalah..semua balik mengundi kan.. ianya satu pacuan berani mati yang sangat memuaskan..heheheh..



Kalau SUKA sila FOLLOW, kalau TAK suka sila SENYUM ^_^

2 comments:

Normazrena Aerwanto said...

hahahaha ... kita is the best =)

Akma Dk said...

hahahaha..yaaa~