Wednesday, March 20, 2013

My new baby..

beberapa bulan yang lepas ketika bercuti semester di sabah..

saya berjalan sendirian di bandar sandakan kerana ingin menunggu family saya yang datang dari kampung..

pada masa itu, saya berada di rumah abang saya yang berada di bandar sandakan untuk menemani kakak ipar saya di rumah tersebut. (abang saya berada di sarawak untuk menguruskan motor yang tertinggal di sana..)

tengah jalan-jalan di harbour mall, bapa call..

bapa : mana kau?

saya: sini harbour mall.. kenapa?

bapa: buat apa?

saya: jalan-jalan..bapa sudah sampai kah?

bapa: ya.. bapa sini di kedai muzik di jalan dua..datanglah...

saya pun datang dengan cepatnya.. dan melihat bapa sedang memegang sebuah gitar akustik jenama Yamaha..

bapa: try main dulu ni, okaykah?

gitar berpindah tangan.. ya..sangat sedap bunyinya jika dibandingkan dengan gitar kapok ku yang berharga rm80 itu..

bapa menawarkan gitar itu kepada saya..saya bagai ingin melompat di situ.. memang gitar tersebut yang saya idamkan..

dan gitar itu menjadi milik saya..

bapa: ini hadiah harijadi yang tertangguh..hehehe

terima kasih bapaa..

dan kepada MR.BLACK ku yang tersayang..
kamu akan menjadi kesayangan saya selamanya..

nyanyi masa kakak kahwin bersama mr.yamaha :)

Mr.Black kekal selamanya...


Kalau SUKA sila FOLLOW, kalau TAK suka sila SENYUM ^_^

2 comments:

aTieYusof Family said...

Cantiknya gitar!..
mesti suara tambah merdu ni bila nyanyi sambil petik gitar kesayangan..:)

Akma Dk said...

hahahahha...inn shaa Allah kak tie..hrp2 gtula.. ;p