Wednesday, January 2, 2013

Terima Kasih Hacker!

ya...seperti tajuk di atas tu..

saya ingin berterima kasih kepada hacker kerana telah mengHACKED akaun facebook saya..

terima kasih sangat-sangatlah!

bermulanya cerita macam ni.

semalam saya macam biasa duduk online facebook kan. pastu tiba-tiba adalah kawan ni tegur saya kat ruangan chat. dialognya macam ni.

kawan : hei, pinjam email. akaun facebook aku kena hacked. :(

saya : email? nak buat apa?

kawan : nak verify akaun facebook lah!

saya pun tak terfikirlah kemungkinan yang ada bahawa, kalau akaun dia kena hacked, macam mana dia boleh chat facebook dengan saya. sangat tak berfikir panjang di situ saya.

saya : akma_love90@yahoo.com

kawan : password?

ini lagi, kenapa perlu dia minta password kan. tak ada salahnya kalau dia minta saya tengok email tu saja. tapi oleh kerana saya sangat PERCAYA kepada kawan, saya pun bagilah password tu. nampak sangat bodoh! -,-

kawan : hey, email tak boleh buka. dia minta security answer.

saya: okay-okay. nanti aku tolong jawabkan.

bagai masuk ke lubang buaya kan.

saya tak perasan facebook saya kena hacked sampailah pagi tadi bila housemate saya tanya.

housemate : akma? kenapa facebook? kau hantar mesej dengan aku kan?

saya dengan hairannya pergilah baca mesej yang KONONNYA saya hantar tu.

terkejut beruk bila ayat tu sama dengan ayatt yang saya dapat dari kawan saya semalam. oh my GOD! saya pun menjerit-jerit dan terus menghadap laptop.

terus tukar email dan password facebook. lepas tu teruskan perjalanan ke KL sebab saya nak tukar hard disk saya yang rosak tu. (tak sampai sebulan pakai, dah rosak. -,- )

tengah makan kfc kat kl sentral tiba-tiba phone bunyi. panggilan dari kawan lama.

saya : hello, ya kak. ada apa?

kawan : akma.. semalam akma ada minta email dengan password kan.

saya memang terkejut gila. oh TIDAK!!! nampaknya hacker tu memang bertugas dari semalam. YA ALLAH~~~

saya: kak, maaf. facebook saya kena hacked. benda tu bukan saya minta.

kawan : yakah? adoi.. sengal betul hacker ni. facebook akak pun tak dapat bukak. account suspended.

saya : ha?? aduiyai..

saya memang rasa sangat bersalah. dan baru ni, saya sampai dari KL terus tengok akaun facebook saya.

dan SYABAS serta TAHNIAH kepada hacker tersebut. kerana saya tak dapat buka facebook saya. sekian terima kasih.!


Kalau SUKA sila FOLLOW, kalau TAK suka sila SENYUM ^_^

2 comments:

aTieYusof Family said...

ohhh tidakkk..betul kah Cikgu?? alamakk takut nya..
ee hacker ni mmg ndak da kerja lain kan.. kena lebih berhati2 ni..

Akma Dk said...

yaa.. tu la ba kak tie.. huhuhu... apa la drg cari tu..