Friday, January 4, 2013

Di sana kau, di sini aku

sesungguhnya lagu-lagu yang bermain di fikiranku sekarang mengingatkanku kepadamu..

melayang-layang mindaku melihat sang kerlipan mencuba untuk menerangi malam.
oh, apakah ia akan berjaya?
berjaya menghiasi malam dengan cahaya.
berjaya menghiasi mataku dengan cahaya.
berjaya menyinari hidupku yang kegelapan.

melihat bintang yang jauh dan cantik..
teringin untuk menjejakkan kakiku di sana..
adakah kau merinduiku wahai bintang?
bintang yang aku sendiri tidak pasti siapa?
apakah dia?
dari manakah dia?
sudah berkali-kali aku cuba memikirkannya, tapi aku tak berjaya.
aku tak berjaya merungkaikannya!
aku tak berjaya mencarinya!
namun aku tahu.
dia dekat denganku.



p/s: bila akma dk berpuisi.. fuh! lama tinggalkan dunia ini.. minda pun sudah expired!hahah
Kalau SUKA sila FOLLOW, kalau TAK suka sila SENYUM ^_^

No comments: