Saturday, October 13, 2012

Untuk Tiga Hari


Assalammualaikum dan selamat malam...

"KALAU CINTA KITA SEJATI KENAPA AFFIN TAK PERTAHANKAN"

saya suka sangat apa yang ujie ucapkan di akhir movie ini..
dan akhirnya dia memilih suaminya daripada affin..

saya akan kongsikan apa the moral of story dari movie ini..

1. TAKDIR ALLAH SWT

bagaimana pun kuat cinta kita, jangan melawan takdir Allah jika kita tiada jodoh dengannya.. jangan mempermainkan apa yang telah ditentukan oleh Allah..

2. WANITA KAUM YANG MUDAH JATUH CINTA

wanita adalah wanita yang dilahirkan dengan sikap yang lemah lembut walaupun tidak luarnya, tetapi dalamannya..
dia mudah untuk jatuh sayang kepada sesiapa yang melayannya dengan istimewa..
seperti apa yangg berlaku dengan ujie, walaupun dalam masa hanya untuk 3 hari sudah cukup membuatkan dia sayang suaminya..

3. KAHWIN DENGAN CERAI BUKAN PERMAINAN

ingatlah! perempuan sentiasa inginkan lelaki yang tegas dalam semua hal kerana mereka inginkan seseorang yang boleh memberi mereka bimbingan..
jangan berkahwin jika belum bersedia..
jangan melafazkan cerai jika belum berfikir panjang...

4. MENERIMA SEMUA SEADANYA

seperti ayah affin..
dia menerima siapa isterinya seadanya..
walaupun saya tengok watak isteri dia tu..hmmm...ntahlah..susahh nak cakap..
tapi dia menerima kekurangan dan kelebihan isterinya..





saya sudah jatuh cinta dengan lagu tema movie ini...
tak sangka hazama yang nyanyi..
sangat sedap..
by the way, terima kasih Afdlin Shauki dan Ahadiat Akashah yang merealisasikan dan menulis novel ini..
saya sangat suka..

No comments: