Wednesday, August 15, 2012

Rasa sangat bersalah..

Assalammualaikum..
dihari yang baik ni cik kema nak luah perasaan sikit..
post ni bukan nak mengaibkan orang atau nak perasan diri cik kema popular..
cumaaa...baca je lah kalau sudi..

Ya Allah..
sejak pertama kali aku jumpa dia..yaa.. aku mengaku dia baik dan mudah untuk dikasihi..
tapi disebabkan pengalaman yang lalu, aku selalu mengingatkan diriku untuk menganggapnya sebagai seorang 'abang'.. memberi jarak antara hatiku dan dirinya..
berjanji untuk tidak jatuh sayang padanya..
dan begitu juga dia..dari awal dia mengatakan aku dianggapnya sebagai adiknya sahaja..
tapi..
apa yang berlaku sekarang..semuanya sudah terbalik..
ya Allah..sumpah!bukan niatku untuk mempermainkan dirinya..
aku memang ikhlas untuk berkawan dengannya dan menganggapnya sebagai seorang abang..
walaupun pada masa itu aku mengaku hatiku sudah mulai tertarik kepadanya..
dikala aku sudah membuka hatiku dan menerima insan lain dalam hidupku..
dia mengatakan rasa cintanya kepadaku..rasanya untuk menjadikanku permaisuri hatinya dan pelengkap hidupnya..
Ya Allah...
apa harus aku lakukan..
untuk menjauhkan diri darinya tentu tidak sama sekali..
persahabatan kami tidak perlu dihentikan begitu sahaja..
aku tidak memberikan apa-apa peluang..tidak berkata apa-apa..
namun dia kata, dia sanggup menunggu aku..
Ya Allah...
aku tidak boleh menerimanya...
aku tahu dia adalah lelaki yang baik..
namun aku tidak baginya...dia layak mendapat seorang yang lebih baik dariku..
banyak perkara yang aku perlu pertimbangkan sebelum menerima dirinya..
bahkan, kepada mama juga aku bertanya..
jawapannya biar sahaja aku simpan...
aku melukakan hati seseorang yang sangat baik..dan selalu berada di sisi aku...
Ya Allah..Kau pertemukanlah dia dengan wanita yang solehah setanding dengan dirinya..

Love ^_^

No comments: