Friday, August 31, 2012

Petua Sakit Gigi ..


hye again!!
selepas seminggu beraya cik kema telah di datangi SAKIT GIGI..
YA ALLAH...
tak pernah-pernah tau tak sakit gigi ni..
tiba-tiba datang tak sembuh-sembuh sampai sekarang..

mula-mula ingatkan gusi ja bengkak...
sekali cik kema cek sendiri..
rupanya tampalan kat gigi geraham tu da tercabut..
aiyayayayaiii..patutlah sakit..
then, mama nasihat suruh cabut je gigi tu..
insyaAllah..nanti kat upsi baru nak cabut..
gunakan perkhidmatan yang disediakan..hehehehhe

pagi tadi adalah someone datang kasih ubat sakit gigi..(thanks <3)
tapi kejap je..dah sakit balik..huhuhu..nangis-nangis cik kema..
pastu..
cik kema telan ubat tahan sakit..hurmm..tak lama juga..sakit balik.. (sekarang tengah taip ni pun tengah sakit T_T)
cik kema pun search laa..petua untuk legakan sakit ni kan..so, terima kasih kepada blog ini..

petua-petuanya adalah:
1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

seyes! balik rumah ni cik kema try semua ni...ta tahan sangat dah ni...huhuhu~~

Love ^_^

No comments: