Monday, July 23, 2012

Perutusan Hiba- Safura


pernah dengar tak lagu Perutusan Hiba yang dinyanyikan oleh Safura..
hehehe..
actually lagu ni banyak kenangan manis buat cik kema..
kekadang ingat boleh ketawa..kekadang boleh nangis..

lagu ni lagu yang pertama cik kema bawa untuk pertandingan nyanyian..
masa tu cik kema baru umur 9 tahun..
tak tahulah macam mana dapat keberanian, then cakap dekat mama yang cik kema nak ikut pertandingan ni..hehehehe..

dulu masa zaman cik kema sekolah kat sk kolapis,
hari anugerah kecemerlangan pelajar ada pagi dan malam..
malam tu kira macam santai lah tak formal..
ada pertandingan nyanyian, menari dan sebagainya..

nak dijadikan cerita, masa umur 9 tahun tu cik kema teringin sangat nak ikut pertandingan nyanyian..
selalunya cik kema akan ikut pertandingan bercerita jak..hehehe...
bapa cik kema pun cakap "bawalah lagu perutusan hiba.."
then, bapa cik kema hantar cik kema belajar vokal kat jiran cik kema merangkap kakak sepupu cik kema..

part yang cik kema susah nak belajar dulu masa nyanyi lagu ni,
 ada lirik "telah ku cuba melupakanmu, bila ku tahu engkau yang curang..namun lara di KAMAR RINDU.."
ha...part DI KAMAR RINDU tu susah sangat...
sebab cik kema akan sebut DI KAMARRRRRR RINDU..dapat tak, dapat tak??
pastu cikgu cik kema cakap..tak payah nak sebut R sangatlah..hahaha..

then, masa nak rehearsal tu ada gak problem..
sebabnya, cik kema belajar nyanyi pakai kaset je masa tu...bertanding kena nyanyi dengan live band..
fuyyooo..!!!
dah lah first time kan..
bapa cik kema ada sekali masa tu..oleh kerana cik kema ada problem dengan low note..so, bapa cik kema suru naikkan 1 key note lagu tu..
sudah! memang tak reti gila nak nyanyi masa tu..nak join sekali dengan muzik tu..
sampai cik kema nangis..pastu bapa cik kema dah sound, "yang ni last..kalau tak dapat, tak payah ikut!"
cik kema dah berketar da..sebab cik kema memang teringin sangat nak masuk kan pertandingan tu..
cik kema pun tarik nafas dalam-dalam pastu dengar muzik tu betul-betul then nyanyi..
YEAH!! finally! dapat juga..heheh..
cikgu cik kema dah lompat-lompat kat depan pentas...

malam pertandingan tu kan, cik kema dah pesan kat cikgu cik kema yang dia kena ada kat depan masa cik kema nyanyi..
sebab neves sangat masa tu..hahaha...

dan.. dapat juga nyanyi lagu Perutusan Hiba tu dengan jayanya..
dan..berjaya bawa balik Piala Nombor 1..hahaha..

pastu semangat nak ikut pertandingan menyanyi..hahahah..

malangnya masa cik kema umur 11 tahun, cikgu yang ajar cik kema vokal tu  meninggal sebab sakit buah pinggang..sedih gila..
ingat bila dia sempat nyanyikan cik kema 1 lagu before dia tenat..cik kema nampak macamana dia cuci sendiri buah pinggang dia.. Al-Fatihah..~~

mula dari situ, bapa cik kema ambil alih jadi cikgu vokal cik kema..

memang ramai yang tanya cik kema, "boleh tak bapa kau ajar aku nyanyi??"
cik kema jawab, "dengar dulu cerita aku macamana cara dia ajar aku..then kau putuskan sama ada kau sanggup atau tak.."

sebabnya..pernah cousin cik kema ikut cik kema berlatih, sehari je..esok dia tak mau datang dah..tak tahan..
heheheheh....

p/s: gambar kat atas tu, gambar masa perform 1 pentas ngan stacy..hahaha..umur 17 tahun kut..last minute punya performance..hihi...

Love ^_^

No comments: