Sunday, March 18, 2012

made by malaysians


lalalalalala~~~~

hari ni aktiviti cik kema adalah menengok video ci matlufti ni..
memang best..
ketawa, menangis semua ada...

dan video di atas...
cik kema pernah alami tau...hehehhehe...

SITUASI PERTAMA

tengah syok-syok turun kat KL sentarl..it was 2009 kalau tak silap..
cik kema dah nampak sekumpulan pak polisi kat kl sentral tu..
tapi buat biasa je lah kan...yala..nak heran buat pa...heheheh..

tiba-tiba!!
pak polisi tu tahan cik kema.. dan sedikit dialog berlaku..

pak polisi: passport please.. (dengan wajah yang menggerunkan..)
cik kema: (buat muka blur..apasal nak minta passport ni..aku manada passport..cik kema keluarkan ic) saya ada ic je encik..passport saya tak ada..
pak polisi : (dengan wajah yang sedikit berkerut sambil melihat ic..) awak jangan tipu boleh tak??ini awak ke?
cik kema: (arggg!!SUDAH!! dia tak percaya pula...) betullah saya...
pak polisi: awak Philippines kan!!!
cik kema: (muka terkejut..adoilaaa..dia cakap aku filipino pula...dengan tak membuang masanya cik kema keluarkan kad matrik UITM) nah! saya malaysians la...SABAHAN..
pak polisi: (meneliti kad matrik tersebut..dan membandingkan dengan ic..) nah, ambil ni balik..nanti cuti semester awak tukar ic awak..muka da tak sama da..
cik kema: (menghulurkan senyuman yang paling menawan..) terima kasih...

FYI, why kad matik uitm..sebab hanya bumiputera dan melayu sahaja boleh study kat uitm..dan untuk membuktikan cik kema SABAHAN..terpaksalah tunjuk kat matrik..

SITUASI KEDUA

"PANGGILAN TERAKHIR KEPADA PENUMPANG-PENUMPANG AK6023 KE SANDAKAN..SILA MASUK KE PINTU BERLEPAS.."

cik kema: AYU!! kita...cepat-cepat...

ha....situasi di atas ketika cik kema nak balik kampung beraya dengan kakak cik kema..kami kat LCCT..memang LCCT sesak gila dengan check in line tu panjang nak mampus.. masa kami dengar panggilan tu, kami betul-betul dah ada kat depan check in line..

petugas airasia: na! tiket awak..lari cepat!

woaaahh!!kami menggunakan tenaga kami lari melintasi orang ramai tu...
masa nak masuk pintu berlepas tu, kami bagilah ic kami..tiba-tiba pegawai kastam tu tahan kami..

P.kastam: passport??
cik kema: *muka blur
Ayu (kakak cik kema) : kami mana ada passport encik..
P.kastam: *muka blur
cik kema: +++++ blur
ayu: encik, kami dah last call da ni..kami nak balik..please...
P.Kastam : tapi..passport..
cik kema: KAMI TAKDAK PASSPORT!! (amek hang..aku da kalut nak balik..oppss!! tercakap utara pulak..)
P.kastam dan Ayu : *wajah terkejut
P.kastam: okay! 

hahahah..cik kema tak tahu kenapa dia nak passport..we are SABAHAN okay...hurrmmm...kalau sabahan kena ada passport ka???

SITUASI KETIGA

di petang yang damai..cik kema dan bersama tiga orang rakan cik kema pergi ke SEDIM...
saja nak ambil angin..hikhikhik...

tiba-tiba ada satu mamat ni cakap...

"tengoklah betapa cantiknya sedim ni sampai banyak pelancong lain datang..macam MYANMAR (tangan dia betul-betul tunjuk cik kema)"

WHAT???!!! MYANMAR???
member-member cik kema jangan cakaplah...
ketawa dah pecah dah...
*muka aku macam orang myanmar ke??

SITUASI KEEMPAT

yang ni masa cik kema dok praktikal kat Meritus Pelangi Beach Resort and Spa...
yang ni banyak sekali orang salah faham...

1. tengah cik kema dok kat kaunter concierge, tiba-tiba staff frontdesk tarik dan hantar cik kema ke sekumpulan orang cina yang from CHINA yang tak boleh speaking.. 

staff: cakap dengan dorang..
cik kema: * muka blur..
staff : hurry..
cik kema: but, i'm not chinese...

2.General Manager datang nak breakfeast.. seperti yang diarahkan..cik kema pun hantar set brekfeast kat GM..

GM: are you malaysians??
cik kema: *muka blur.. yes!! why?
GM: u look like Philippino..
cik kema: *oh,my God..again.. 

3. masa ni cik kema dok kat Food n Beverage punya department.. then, malam tu..cik kema kena shift malam untuk serve buffet untuk pelancong dari China..
tiba-tiba..dorang punya tourist guide tu panggil cik kema..
dan bisik..

tourist guide: !@!#@$#%$^%&^*&(
cik kema: *muka blur.. pardon me...
tourist guide: !@!#@$#%$%^%^&^(*)
cik kema: *muka blur lagi..
tourist guide: *tengok muka cik kema..dia teliti... u're not chinese??
cik kema: yes...heheheh..
tourist guide: hahahaha..sorry..my mistake..!

hahahah..actually banyak lagi cerita pasal ni...yang paling menyedihkan bila ada yang tanya cik kema 
"NOT MUSLIM RIGHT?"
Ya Allah..cik kema sangat terasa dengan soalan tu..tapi bukan salah dorang kan..dah wajah cik kema ni ala-ala bukan Islam..
dan itu adalah salah satu sebabnya cik kema mengenakan hijab ke atas cik kema...huhuhuhu..

bila dah pakai tudung barulah soalan yang menyakitkan jiwa tu tak ditanya..tapi mesti ada cakap "CONVERT KE??", "MUALLAF ea.?"
adoilaaa...heheheh..dan acap kali juga cik kema jawap, "no lah..original muslim..heheheh"

tengok gambar-gambar ni..agak-agak ada tak buka CHINESE+ FILIFINO+MYANMAR and WAJAH NON-MUSLIM kat sini...

okay..gambar ni nampak ada yang nampak macam MUALLAF ke??hohoohoh..

tapi kan..bila dah tengok wajah cik kema yang terbaru ni..
takkan ada orang dah tanya soalan pelik-pelik tu..
sebabnya...
kulit dah tanned dah..
exactly look like Malaysians..hahahahahaha


Love ^_^

No comments: