Wednesday, March 7, 2012

Bila Lecturer tanya saya...

Assalammualaikum dan selamat malam...
burbbb~~~ sorry cik kema baru lepas pekena tomyam ayam ngan nasi putih..
pergghhh~~~!! asyik....heheheh..

di malam yang dengan hujan di tanjung malim ni..
cik kema nak relax jap sambil update blog...
sambil dengar lagu nasyid..
wahwahwahwah~~~

orait!
berbalik kepada perkara di atas...
masa kelas pembangunan sahsiah tadi kan...

lect tanyalah classmate cik kema (lelaki) yang duduk di sebelah cik kema pasal...
wanita pilihan hatinya...
dia pun jawap..
bla..bla..bla..bla.. (bukan ni yang cik kema nak cerita...hihihi)

pastu dah gelak-gelak, lecturer tanya cik kema pula..
"awak, macamana calon suami pilihan anda?"

cik kema memang terkejut..
gelak tak habis lagi..
memang gelak tak henti..
apa yang lucu pun cik kema tak tahu..hahahha..

"saya nak lelaki yang KUAT PEGANGAN AGAMA, SAYANG MAK BAPA SAYA, SAYANG SAYA dan MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG TETAP.."

perrrgghh!! agak-agak boleh bayangkan tak macamana ayat tu boleh keluar..
oleh mulut cik kema yang sememangnya...
hmmm...

okay,
i know mesti ada yang tertanya-tanya..why cik kema nak lelaki seperti di atas?

KUAT PEGANGAN AGAMA
okay fine..cik kema bukan baik sangat..
dan cik kema rasa cik kema adalah seorang yang agak jahat...
tapi, dalam hati cik kema..cik kema teringin nak jadi macam naqibah-naqibah...
bila pandang mereka...sejuk hati..
cuma cik kema tiada tempat untuk berpaut, seseorang yang boleh membawa cik kema ke arah itu.. 
^_^

SAYANG MAK BAPA SAYA
saya tak kisah kalau dia sayang saya sikit sahaja..
yang penting dia sayang mak bapa saya macam mak bapa dia..
dia hormat mak bapa saya macam mak bapa dia..

SAYANG SAYA
of kos la kan...nak orang sayang kita..
muahahahah~~~

ADA PENDAPATAN TETAP
bukan mata duitan..
cik kema tak kisah pun kalau cik kema tak makan..
tapi, cik kema fikir pasal bakal anak kami..
kalaulah, suami cik kema tak ada pendapatan tetap,
macam mana dengan anak kami nanti??
nak makan apa? keperluan siapa yang nak sediakan??
logik kan~~~

actually ada lagi yang paling penting...
iaitu
.
.
.

MAK BAPA SAYA SUKA DIA..
kalau cik kema sayangkan dia pun..tapi mak bapa cik kema tak suka..
honestly, cik kema akan tinggalkan insan tu...

dan..
honestly juga..
cik kema sanggup kahwin dengan pilihan mak bapa cik kema..
as long as dorang suka.. ^_^

p/s: agak poyo post kali ni kan..hahhahah..;p

Love ^_^

No comments: