Saturday, February 25, 2012

SABAH + PENANG

Assalammualaikum dan selamat....dah nak tengahari..hehehhehe..
oleh kerana cik kema macam banyak masa gila hari ni..cik kema nak update la blog kan..hahhaha...
dah penat research buat assignment..meh release tension...

masa mula-mula datang UPSI ni kan..cik kema baru nak kenal-kenal dengan member mesti dorang akan cakap cik kema orang PERLIS @ PENANG...
cik kema dah cakap cik kema orang sabah..hehehehe..



nak tahu pasal pa???
sebab cik kema kalau cakap dengan orang tanah melayu ni cik kea t'SWITCH cakap loghat utara..tak tau lah kenapa..
sebab dulu 3 tahun masa diploma dok penang kut...hehehhe...sekarang ni housemate 3 orang budak utara, sorang budak ganu n sorang budak sabah...
memang cik kema boleh cakap berbagai-bagai loghatlah...hahahha..

kadang-kadang tu, ada yang sanggup dengar cik kema cakap sabah..
yess!! dan sebenarnya bila cik kema cakap sabah dengan orang sabah, sabah cik kema sangat pekat...hahahaha.. dan laju jugak...

oleh kerana itulah...cik kema belajar cakap loghat orang tanah melayu ni..untuk men'TIADA' kan miss communication antara kami..yang bestnya...dorang ni faham cakap sabah.. lain masa cik kema kat penang dulu..bila cik kema cakap sabah mesti orang suruh ulang-ulang-ulang dannnnnnnnnnnnn ulang~~~  penat kan..heheheh..

tapi tak apa..bila ada yang cakap cik kema 'LUPA DARATAN' cik kema akan terangkan elok-elok..cik kema pegang pepatah "masuk kandang lembu kita mengemBUU..masuk kandang kambing kita mengemBEKKK" kan..
cik kema tak lupa daratan..cuba try tanya family members dan rakan-rakan sabahan cik kema..ada tak cik kema cakap loghat orang tanah melayu kat dorang???hehehhe... jawapannya mesti TAK ADA..
kadang-kadang cik kema terasa juga bila ada yang cakap cik kema lupa daratan..cakap loghat utara..tapi cik kema take it easy..

cik kema adalah orang yang flexible..sebab tu boleh kawan dengan sesiapa sahaja pun.. jadi flexible tak susah..yang penting kita ingat siapa diri kita..jati diri kena kuat...

dan kesimpulannya I'M STILL REAL SABAHAN....AND I'M PROUD TO BE SABAHAN..

Love ^_^

No comments: