Sunday, December 11, 2011

Tips melupakan bekas kekasih..

hai again guys!! heheheheh...
malam-malam cenggini macam best lak mengimbau kisah-kisah cinta yang tak kesampaian (mak..banyaknya kisah...hahhaha) ..
bukan cik kema tau..cik kema mana pernah bercinta..takdak yang nak mengorat..hahahah...(konon... ;p)

okay, agak-agak best tak topik ni??? TIPS MELUPAKAN BEKAS KEKASIH..
cehh...


PUTUS CINTA...hehehehe..a.k.a cinta tak kesampaian..mesti ramai yang dah mengalami..dan termasuk jugak cik kema..
mesti ada yang sampai tak makan berbulan-bulan, terperap dalam bilik dan macam-macam lah kan...
semuanya sebab kecewa cinta tak kesampaian..
di sini cik kema yang tak berapa berpengalaman bercinta ni ;p nak kongsi tips melupakan bekas kekasih...

1. BUANG
---> buang everything yang ada kena mengena pasal orang tu.. nombor phone, gambar, hadiah dan sebagainya.. memang susah kan nak buat..tapi niatlah buat untuk diri kita sendiri..

2. JANGAN JUMPA
---> ini betul, jangan jumpa orang tu buat sementara waktu, InsyaAllah semua akan berjalan lancar..sebab, kalau kita jumpa orang tu mesti hati kita akan cair kembali dan menaruh harapan kepada dia kan...

3. JANGAN TENGOK
---> kalau korang tak mampu nak buang gambar-gambar tu, please jangan lah tengok gambar korang berdua or gambar dia..mesti korang akan teringat kenangan-kenangan lalu itu..dan sure punyalah korang akan terluka dan akan menangis sekali lagi..

4. JANGAN CALL
---> kalau kata sepakat dah dibuat untuk berpisah, jangan sesekali kol dan mesej mereka jika anda belum bersedia untuk menerima si dia menjadi kawan korang..kalau korang kol dalam keadaan korang yang masih belum menerima kenyataan bahawasanya korang berpisah, korang akan menambhakan sakit dalam diri dengan meletakkan kembali harapan tinggi kepada si dia..

5. KAWAN & FAMILY
---> masa ni lah korang meluangkan masa dengan family dan rakan-rakan di mana mereka yang anda abaikan ketika anda sedang busy memadu kasih dengan bekas kekasih anda suatu masa dulu..kawan dan family adalh salah satu pengubat kekosongan hati anda..

6. SUKA
--->buatlah aktiviti yang anda suka..supaya anda dapat mem'busy'kan diri anda dan serba sedikit ingatan kepada si dia akan mulai hilang.. dan anda akan lebih menyayangi serta mengenali diri anda..buatlah apa saja yang penting tidak salah di sisi agama, dan undang-undang negara.. anda berhak untuk happy!

7. SKANDAL/ CINTA BARU
---> yang ni orang kata, bukan cik kema kata..hehehehe.. cari skandal or cinta baru untuk mengubati perasaan lama..okay, benda ni cik kema tak galakkan..tapi kalau korang okay apa boleh buat kan...sebab, cik kema pernah try nak buat camni...tapi, tak boleh..sebab cik kema rasa macam menipu diri sendiri dan juga partner baru korang..heheheh..

okay guys, cik kema rasa ni ja kut..cik kema pun tengah try benda-benda yang tersenarai kat atas tu.. hahahaha..tapi, satu ja cik kema nak ingatkan..tak payahlah busy dan kelam kabut sangat cari pengganti..biar cinta tu datang cari kita..lagi pun masa kita SINGLE ni la kita berpeluang untuk mengenali diri dan mengenali orang sekeliling kita..ya tak?? heheheh...

fikir-fikirkanlah~~~ selamat malam..

Love ^_^

No comments: