Wednesday, December 21, 2011

Teka Teki ??

Assalammualaikum dan selamat malam....
wooaaa...da menguap belum??ngantuk eh..hahahah...

cik kema malam ni just nak post benda kosong ja..benda yang cik kema sangat minat..kononnya lah! hahahaha..
camnih, pernah tengok K.A.M.I tak?? ala..yang cerita pasal 5 orang sekawan tu.. ali, abu, sofie, lynn, Adii tu..
bagi yang tak pernah tengok ni sinopsisnya..



"Kisah filem KAMI bermula dari detik berakhirnya siri TV-nya, apabila Abu (Nas Muammar Zar) melarikan diri dari pusat pemulihan setelah bergaduh dengan seorang tahanan lain sehingga menyebabkannya terjatuh dari atas rumah ke tanah halaman, lalu bertemu kembali dengan empat orang rakan karibnya Ali (Syarul Ezani), Lynn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah Ibrahim) dan Sofie (Juliana Evans) yang baru meraikan berakhirnya peperiksaan SPM dan zaman persekolahan mereka.
Mereka berlima bersantai di pinggir tasik. Lynn menyebut serangkap sajak dari buku 'Utopia Trauma' yang menarik minat Abu. Abu berjaya mencuri buku tersebut dari sebuah perpustakaan.
Abu meminta untuk menumpang di rumah Ali kerana masih belum bersedia menemui ibu bapanya, dan Ali bersetuju. Selepas itu, Abu menziarahi ibunya sekejap tetapi melarikan diri semula sebelum bapanya sempat melihat kelibatnya. Ibu Sofie (Susan Manen) ditinggalkan Jamal di saat perkahwinan mereka begitu hampir. Dia menerima surat penerimaan permohonan Sofie dari Universiti Norweden lalu menyorokkannya dalam beg tangannya.
Lynn sudah menghentikan keluaran fanzine KAMI tetapi masih lagi menyamar sebagai Teka-Teki dan mengulas muzik untuk pihak majalah Junk. Dia telah menulis satu ulasan yang kurang memberangsangkan mengenai kumpulan The Disasters yang diketuai oleh Ali. Ali juga bekerja di agensi pelancongan tetapi langsung tidak suka pekerjaan ini, lagi menghampakan apabila ibu bapanya sudah bercerai dan ibunya hendak kahwin lagi.
Di sebuah gig meetUncleHussain di kota yang dikunjungi lima sekawan ini, Lynn bertembung dengan Boy (Zahiril Adzim), pengedar dadah yang pernah melibatkan diri Lynn dalam kegiatan pengedaran dadah ketika tinggal di Kuala Selangor dahulu. Abu mencetuskan pergaduhan dengan menumbuk sahabat Boy seterusnya Ali pula bertumbuk dengan Boy. Menyedari kehadiran orang awam, mereka meninggalkan tempat tersebut.
Adii masih tertanya-tanya akan kehilangan rakan bual internetnya yang menggunakan ID 'Vanilla Ais'. Adii mengakui yang dia amat sayangkan Vanilla Ais. Oleh itu, Abu cuba memuaskan hati Adii dengan menemukan seorang lelaki berusia pertengahan tahun untuk menyamar sebagai Vanilla Ais. (Vanilla Ais sebenarnya ialah abang kepada Abu yang ditikam sampai mati dalam episod kelima siri TV).
Pak Din, penyelia di tempat Abu ditahan cuba mencari Abu dan berjaya, namun Abu melarikan diri. Di satu babak lain, Boy menghampiri Lynn sekali lagi, tetapi Ali masuk campur dengan mencampakkan wang ke muka Boy sebagai lunasan hutang Lynn kepada Boy. Lynn yang kurang senang dengan campur tangan Ali bertindak memarahinya. Boy pula mula berdendam dengan Ali atas campur tangan itu.
Setelah terdesak, Ali menghubungi Razak seorang 'pusher' untuk mendapatkan bekalan pil khayal. Walaubagaimanapun panggilannya dijawab oleh Boy. Boy menyuruh Ali bertemu pekerjanya di satu tempat untuk mendapatkan bekalan tersebut. Ali terkejut apabila tiba di tempat yang dimaksudkan kerana Lynn menunggu di sana bersama bekalan dadah yang diminta dari Boy.
Kumpulan The Disasters iaitu kumpulan muzik Ali menghadiri sebuah lagi gig beraneka kugiran, tetapi meninggalkan pentas dengan tiba tiba akibat tidak tahan dengan masalah yang berlaku antara dia dan kawan-kawannya. Di luar ruang gig, Abu menegur Ali dan mereka berbaik. Akan tetapi, Ali meninggalkan Abu apabila Lynn pula datang dengan alasan mahu menyimpan gitarnya.
Apabila tiba di parkir, Ali didatangi Boy dan pergaduhan tercetus. Abu yang menyedari Ali pergi terlalu lama cuba mencarinya di parkir tersebut. Boy cuba menikam Ali dari belakang tetapi tikaman itu terkena Abu. Dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki kereta Ali, Abu meninggal dunia di atas pangkuan Lynn.
Beberapa hari kemudian, Lynn menyedari bahawa beg galas milik Abu ditinggalkan di gerai milik ibunya. Lynn menarik keluar sekeping sampul yang tertulis 'untuk: Adii' lalu mengeposkannya kepada Adii. Melalui kandungan sampul tersebut, Adii akhirnya mengetahui rahsia di sebalik kehilangan Vanilla Ais.
Di akhir cerita, Ali meninggalkan kerjanya sebagai promoter agensi perlancongan dan kembali menyertai The Disasters dalam sebuah lagi gig. Sophie pula mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Ali menyerahkan buku sajakUtopia Trauma milik Abu yang ditemuinya di bahagian tempat duduk belakang kereta. Abu meninggalkan pesanan berbunyi "Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada", yang juga merupakan tagline filem Kami. Babak akhir cerita menunjukkan Ali dan Lynn berbual di hadapan rumah Lynn, sebagai tanda hubungan mereka yang kembali pulih."

actually apa yang cik kema nak cerita..cik kema memang suka gila kat cerita ni..dari the siries sampai the movie.. ianya menunjukkan bagaimana kuatnya nilai persahabatan..
tapi apa yang cik kema lagi suka adalah watak TEKA TEKI (Lynn) dalam kami..

TEKA TEKI adalah seorang penulis dan pengkritik band-band indie yang ada di Malaysia.. dia buat review pasal band dan datang gig untuk dengar dan review pasal indie band.. mulanya dia keluarkan magazine (kalau tak silap) then, dia tulis dalam blog..pastu, dia tulis dalam majalah..seriously cik kema sangat minat dengan kecenderungan si TEKA TEKI tu..minat cik kema..cuma cik kema tidak berpeluang untuk datang ke gig untuk buat review and dengar dengan live.. sebab cik kema tak puas sangat kalau just dengar demo..hahahah..demand tak..mungkin tak ada rezeki lagi kot.. :)

p/s: btw, teringin sgt jadi TEKA TEKI
Love ^_^

No comments: