Sunday, December 25, 2011

Sedih vs Gembira

Assalammualaikum..dah lama cik kema tak update blog yang satu ni...
macam-macam berlaku dan sangat busy sejak minggu lepas dan minggu ini..huh!

ada cerita sedih dan juga ada cerita gembira..

kita mulakan dengan cerita gembira dulu ya! hehehehehe...

---> Alhamdulillah..cik kema berjaya untuk menduduki Temuduga Medsi untuk UPSI..wahh!!sangat tidak di sangka-sangkakan...cik kema memang sangat berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar..heheheh..doakan cik kema lulus ujian tu ya..muah!muah!hheheheh..sangat gembira..

--->semalam baru selesai majlis sambut menantu di rumah bapa cik kema..hahaha..siapa kahwin? bukan cik kema..cousin cik kema..walaupun hujan tak henti-henti semalam..tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..heheheh..adakah bapa cik kema masukkan cik kema dalam pertandingan tarian pakiring (daling-daling) manalah cik kema tahu...hmmm! hentam sudaaaaa... :p

okay, dah habis cerita gembira-gembira..tiba masanya untuk berita sedih..

---> berita sedih yang cik kema sampaikan di mana, salah seorang adik kami telah meninggalkan kami.. menuurt sumber, semasa kejadian (jumaat lepas) arwah dan bapanya menyeberang sungai besar di Sugut (salah satu kawasan pendalaman Sabah) dan di pertengahan jalan, bot yang dinaiki mereka berdua telah telanggar batu dan menyebabkan bot itu karam serta arwah dan bapanya terdampar di dalam sungai besar tersebut...bapa arwah telah terselamat dan malangnya..arwah hilang dan tidak dijumpai..
ketika kami sedang sibuk membuat persiapan kenduri kahwin, kami mendapat berita pada hari jumaat bahawa jenazah arwah telah dijumpai..dengan keadaan yang menyedihkan (tak perlu cik kema ceritakan) kira-kira dua batu dari tempat kejadian..jenazah arwah telah selamat dikebumikan semalam..
semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Al-Fatihah buat adinda Nahad Nuing..


p/s: adik cik kema pesan kat cik kema.."ko wajib belajar berenang" ~_~'

Love ^_^

No comments: