Friday, December 16, 2011

am I Anorexia or Bulimia nervosa??

Night guys! Assalammualaikum..heheheheh...
dah makan belum??cik kema...baru usai makan..hehehe..


malam ni cik kema nak cerita pasal penyakit diet yang melampau..actually ini adalah penyakit yang selalu kena kat kaum hawa yang seperti cik kema..and cik kema one of the patients..satu masa yang lalu cik kema melaluinya dan effectnya ada sampai sekarang..cik kema bukan cakap kosong tau..heheheh...
cik kema maybe bukan pesakit TEGAR kepada anorexia and bulimia..cik kema sendiri tak perasan bila cik kema ada sakit tu..yang cik kema tau, family cik kema yang dapat detect sakit tu ada kat dalam cik kema..haiissshhh...susah kan...

bagi cik kema sakit ni sebab lack of self confident and that person think that they so fat but in reality they're so skinny..cik kema pun tak tahu mana silapnya sampai sekarang cik kema rasa cik kema sangatlah gemuk orangnya.. YA ALLAH..family cik kema dah ulang kali cakap kat cik kema yang rangka tulang cik kema ni BESAR, sebab tu cik kema kelihatan BESAR tapi bukan GEMUK BERLEMAK..tapi pendapat cik kema bercanggah..cik kema tetap merasakan yang cik kema ni sangat GEMUK..kan...sampai pernah satu tahap cik kema rasa sangat gemuk then cik kema langsung tak makan selama beberapa minggu..makan jugaklah sikit, tapi after makan mesti termuntahkan makanan tu balik..what the hell was that..T_T'

okaylah, cik kema nak bagi info sikit pasal dua sakit ni..Anorexia Nervosa and Bulimia Nervosa..

".Anorexia Nervosa, Penghidap anoreksia nervosa lazimnya memilih untuk terus berlapar dan enggan mengekalkan berat badan unggul kerana berpendapat mereka masih gemuk."


"Bulimia Nervosa, Penghidap bulimia pula sering mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha untuk membuangkan apa yang telah dimakan sama ada dengan memuntahkan semula atau
menggunakan ubat-ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Penghidap bulimia boleh mengalami berat badan yang berubah-ubah tetapi tidaklah sampai ke tahap kemerosotan berat badan yang ketara seperti yang dialami oleh penghidap anoreksia."

petanda anda ada Anorexia Nervosa pula:

1. Hilang berat badan, akibat dari enggan makan, penggunaan ubat julap dan ubat
2. diuretik yang kerap atau bersenam secara keterlaluan.
3. Enggan mengekalkan berat badan unggul
4. Ketakutan yang keterlaluan akan menjadi gemuk atau kelihatan gemuk
5. Beranggapan diri gemuk
6. Gangguan kitaran atau putus haid di kalangan wanita
7. Letih lesu dan tidak bermaya
8. Terdapat bulu roma halus (lanugo) menyaluti tubuh badan
9. Kurang darah atau anemia

10. Kuku dan rambut menjadi rapuh
11. Tekanan darah yang rendah

Petanda bagi pesakit Bulimia Nervosa pula:

1. Makan terlampau mengikut nafsu dan tidak henti-henti
2. Tabiat makan yang tidak dapat dikawal
3. Usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan sama ada secara memuntahkan apa
4. yang dimakan, menggunakan ubat julap, berlapar, berpuasa atau bersenam secara
5. keterlaluan selepas makan secara melampau.
6. Memberi tumpuan yang tidak sihat kepada isu berkaitan bentuk dan berat badan
7. Kekeringan badan atau dehidrasi
8. Letih lesu dan tidak bermaya
9. Sembelit
10. Gigi dan gusi rosak disebabkan kesan asid perut yang keluar bersama bahan muntah.
11. Pipi bengkak akibat sering muntah.

dalam merawat penyakit ni, kadang-kadang tak boleh rawat menggunakan ubat..sebab ianya salah satu penyakit MENTAL..wooo...apa yang penting sokongan dari family..macam family cik kema selalu buat..dorang selalu sokong dan bagi nasihat kat cik kema..paksa cik kema makan..hahaha...i love my family, walaupun sakit mental tu masih melekat kat cik kema..tapi sekurang-kurangnya cik kema dah berani nak makan..heheheh..so, pada yang menghidap penyakit ni..trylah rawat sebab benda ni tak baik..sangat tak baik..cik kema pun menyesal cik kema tak dapat nak pulih 100%..at least, sayangi diri anda..bagi makan kat badan anda ya..try sedikit demi sedikit..




pesanan ringkas dari cik kema,
Love ^_^

2 comments:

BuDak said...

jgn xmkn smpai tggl rangka dh laa...kan jd myt hidup plak..

Cik Kema said...

hahahahha....insyaAllah.. ;p